Wednesday, April 13, 2011

Cuti Khmer New Year

Esok dah start cuti..4 hari cuti..lama jugak tu..bosanla aku..yang cuti 2 hari pun rasa tak tahu apa nak buat kat umah..ni plak 4 hari..nak pergi keluar dari kawasan..terpikir tentang kos plak..mahal jugak kalau nak kemana-mana..erm..so nampaknya xda apa2 la planning aku dan isteri..hanya menghabiskan masa di Phnom Penh jela..dan pergi pun tempat yang sama..tambahan pula sekarang cuaca lain sangat..sepatutnya musim sekarang ni panas..tapi bleh ada hujan,ada sejuk..tak faham aku..

Sebab cuaca tak menentu..habis semua penghuni rumah kena sakit batuk,demam dan selsema..aku dan wife okla..dah besar dan pandai jaga diri sendir..kesian kena kat anak-anakla..antibodi lum mantap..sekali kena sakit..nak baik bukan main payah lagi..

Dok umah pun layan TV1..dah menyampah la plak..ini jela siaran Malaysia yang aku dapat tgk kat sini..apa nak buat..tapi semua asyik cerita hal Politik..aduhai..senak anak mata aku tengok..skit2 Sarawak..tu jela..bosan tol dunia Politik..tapi itulah kehidupan..dan perlu diharungi..

Nak balik Malaysia..ermm..lagila xdapat..flight harga tekan gila musim perayaan, balik pun 4 hari membazir je rasa..tunggu balik terus jela..xlama dah nak sampai masa…

End of story, disiang hari melayan kerenah anak2 jela..lagipun lama aku xmelayan depa..asyik kije..malam melepak kat luar..kesian anak bini aku..

Wednesday, March 2, 2011

Ngan Sapa Aku Berchatting??

Minggu lalu aku ada berchatting dengan sahabat sepejabat berkenaan kerja..aku terlihat namanya online di Yahoo Messager pada tengahari..cuma nama nya lain sedikit..tetapi awalan sama..aku sangkakan dia tukar nickname..jadi aku sembangla ngan dia..semua dia tahu dan memenuhi kehendak soalan aku bertanya..

Aku mula minta bantuan untuk menghantar duit ke akaun nyer sebab ada bnda aku harus bayar di pejabat..so nak minta dia tolong bayarkanla..tapi dia menolak..alasan dia dia tak suka pegang duit org..aku cakap bukan nyer ko pegang..tolong kuarkan bayar kat org sepatutnya..dia cakap xnak jugak..aku pelik napa taknak..susah ke..xpela..malas nak tnya dan paksa lagi..

Kami terus bersembang dan aku bertanya tentang masalah kewangan yang aku tengah buat..dia jawab semua dengan lancar..3 hari lepas tu..kawan aku nie chat aku dengan bertanyakan aku dah dapat lum penyelesaian untuk kewangan tu..aku Blurr..aku ckp bukan ke ko dah bagitahu aku 3hari lepas?

Jawapan dia...bila masa plak aku online?aku ni baru nak buka YM..terus aku kekonfiusan...aku agak dia bergurau nak kenakan aku jer..tapi mmg dia mengaku bukan dia yang chat ngan aku 3 hari lepas..habis siapa????nick name dah nak dekat sama..topik aku borak pun dia sorg je tahu..dan apa aku tanya dia jawab sama cam member aku nie...

Aku masih blur...aku tgu jugak nick name tu muncul sekali lagi..tapi xda plak..erm..musykil jugak aku..kalau bukan kawan aku,awat dia tahu ttg kewangan aku tnya..Agaknya zaman sekarang teknologi dah canggih..so hantu pun dah pandai masuk dalam alam maya nie..melalui virus apa aku tak tahu..siap pandai mengutuk aku lak tuh..Hantu ni aku gelar Hantu Cyber..

So agak2 sahabat yang terbaca blog aku nila ek..korang rasa sapa y aku chat tu??

Saturday, September 11, 2010

Suasana Hari Raya kali ini..

Semenjak berada di perantauan..Hari Raya merupakan hari yang sepatutnya disambut dengan meriah oleh umat Islam setelah sebulan berpuasa..Namun lain plak suasana dengan tempat aku di Kemboja. Penduduk disini ada juga dikalangan umat Islam..cuma cara setiap negara menyambut adalah berbeza2..

Ini merupakan kali ketiga aku menyambut Hari Raya di sini, Phnom Penh..Amat menyedihkan kadang2..terpaksa berjauhan dengan ibu bapa,adik beradik,sanak saudara dan segalanya kekurangan..kalau dulu boleh ckp perut kekenyangan smpai menolak untuk makan..tapi disini mencari2 di manakah rumah ada buat sambutan Hari Raya..bila makan plak, xkena selera Malaysia..tekak anak Melayu katakan..Ermm..apa nak buat Labu..Nasib kaulah!

Tahun ini, aku beraya dengan keadaan berbeza disebabkan kelahiran anak kedua aku..Dan juga tiada Ibu atau Ibu mertua yang dapat menolong disebabkan faktor jarak dan masa musim Raya..semestinya mereka harus membereskan hal2 di Malaysia dulu..Mak aku akan datang pada 18 September 2010 untuk membantu aku menguruskan isteriku yang berada dalam pantang..sebelumnya??sendiri mau ingatla..akula kena buat..xpela..at least dapat pengalaman berharga dalam hidup..

So, setakat ini hanya dua jemputan yang aku hadiri..setelah Hari Raya kedua..sedihkan??sebuah rumah satu hari..xda org nak jemput pun..itula hidup diluar apabila manusia sudah mula berkata 'kau is kau, aku is aku'...

So, aku hanya bertandang ajela dirumah..baju Raya ku hanya dipakai 2jam untuk hadirkan diri ke satu majlis Raya,that's all..and now dan dalam almari semula..4sure dah xda Raya lagi..Rindu aku nak Raya Malaysia..sobsobsob,,...

Ramai kawan2 aku sibuk berkata best dok oversea..but for me, nothing..the benefit juz get extra money..tapi duit is not everything right???buat apa ada duit banyak kalau hubungan saudara mara renggang?hubungan adik beradik renggang?kehilangan keseronokan kawan2?kehilangan nikmat makanan Malaysia?hahaha..dan bnyak lagila..juz xmau tulis banyak2..nanti ada lak yang membaca Blog aku ni buat bengong jadikan satu isu lak..kepada hamba Allah yang mungkin buat begitu..aku nak kasi tahu..ko mmg bodo cmpur samdul ler andai jadikan ni satu isu..go ahead..

So, kepada kawan2 yang mengenali..Dikesempatan ini,aku nak mohon maaf yer..andai ada salah dan silap..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin. Moga ketemu di lain ruangan.

Wassalam

Friday, September 10, 2010

Hari Raya Bersama Insan Baru..

Saat sahur pada 29 Ramadhan 1431H, hampir pukul 0315hrs..isteriku telah mengejutkan seperti biasa..namun kali ini niat dia mengejutkan aku bukanlah untuk bersahur..tetapi kerana terdapatnya petanda bakal cahaya mata kedua aku mahu menghadirkan diri ke alam Dunia..

Bila dah isteri aku ckp macam tu..dengan segerala bersiap2 untuk ke Hospital..Terima kasih kepada seorang sahabat disini yg mana aku dah susahkan dia kerana terpaksa tinggalkan anak pertama aku coz 4sure xbleh bwk masuk nnt..si Abg menangis time kena tinggal, apa nak buat.terpaksala jugak..so aku teruskan perjalanan dengan biasa..xdala cemas sangat..dah anak kedua..so experience dah adala from 1st Son..0330hrs aku menuju ke Hospital Royal Rattanak di Phnom Penh.

Setibanya disana, kakitangan Hospital membawa isteriku ke emergency untuk check-up selanjutnya..Alhamdulillah mmg benar sudah terdapat tanda dan pintu rahim telah terbuka 2cm saat itu..So dari pengalaman yang ada, kebiasaannya 1cm sama juga dengan 1jam..jadi perkiraan nyer dalam area jam 1000hrs akan lahirla anak aku.

Doktor dtg dari rumah setelah kakitangan Hospital call dia, biasala..mana ada org sgt jam 0330hrs..sure doktor balik tidorla dulu..haha.So bila doktor smpai setengah jam kemudian,dia buat check-up then katanya area jam 1400hrs plak mungkin bersalin..aku pelikla..xkan salah pengalaman aku berkenaan 1cm pembukaan rahim sama juga 1jam masa diambil..aku pun iyerkan jela.

Jam 0745hrs..aku balik ke rumah sebab kesiankan anak pertama aku ditinggalkan ngan org tak berapa kenal..so kebetulan maid aku dah datang kije time tue..aku p amik anak aku tu hantar kat maid suruh dia uruskan...aku bersiap2 dirumah dan tiba2 jam 0830hrs isteriku menghantar SMS..katanya dah sakit sangat,dan doktor ckp myb akan bersalin jam sebelum 1000hrs..hah!kan betul perkiraan aku..dengan rasa tidak bersalah aku memecut laju, dan kebetulan time tu org sibuk nak pergi kerja..so jalan ada sikit sesakla..tapi akhirnya sempat smpai..

So,tepat jam 1002hrs, zuriat kedua ku telah selamat dilahirkan..Alhamdulillah tiada apa-apa perkara tidak diingini terjadi..Dan Raya Kali ini bertambah ceria dengan kehadiran insan yang dinantikan selama 9 bulan..

Selamat datang ke alam dunia Papa dan Mama ucapkan buat Muhammad Aqil Zafran dan Selamat Menyambut Hari Raya..pandai pilih time nak kuar..tarikh pun boleh tahan cantik..08 August 2010@080910..

Wednesday, August 18, 2010

Monday, July 12, 2010

Sesuatu Yang Tidak Disedari

Hanya nak kongsikan kepada semua..ini pun aku terima dari email-email yang masuk dalam inbox aku..so, kali ni aku tertarik ttg satu topik yang mana lama aku ikuti iaitu Kekejaman pihak Jews@Yahudi@Israel(Kafir) dalam memusnahkan manusia bergelar Islam...

Ok, Mukadimah...Apa yang ada dalam minuman bergas?terutama minuman PEPSI dan juga COCA-COLA???cubala luangkan masa skit baca dalam tenet kandungan2 yang ada dalam minuman tu dan survey skit kesan jika diamalkan...

Terdapat kajian katakan minuman ini adalah hasil ciptaan dari Negara Israel yang mana merupakan satu hidden weapons kepada Umat Islam dalam cuba mengurangkan kadar pertambahan bilangan Islam di dalam dunia ini..kerana minuman tersebut jika diamalkan dapat memberi kesan sampingan pada saraf2 dan salur darah dalam long term..dan juga boleh membawa kepada kemandulan kepada seseorang individu...Jika anda tgh mengandung..jgnla cuba nak minum air PEPSI atau COCA-COLA ni dengan kuantiti yang banyak atau berterusan..ini boleh menyebabkan keguguran..perempuan yang suka amalkan minum ini juga akan berpotensi untuk menopause awal dan lelaki plak yang sker minum akan berpotensi untuk senjatanya xdapat menunjukkan gahnya(lambat naik/payah keras..jadi cmner nak bercita2 tmbah cawangan baru??lupakan jela..bukan itu je..berat badan boleh naik tetapi bukan gemuk dengan khasiat..tetapi dengan racun..mmgla ianya memberikan tenaga kepada seseorang yang tgh dalam keletihan..kenapa???sebab kandungan gula yang terdapat dalam minuman tu tinggi?badan bila dapat gula akan menghasilkan tenaga..ni semua dalam sekolah belajar sains kan ada..tak gitu??so hyperaktif tu memangla..tapi kesan buruknya lagi teruk dari tenaga yang dibekalkan untuk sementara tu...satu lagi kalau nak tahu, aku ada kawan..kerja pemandu lori..tiap2 hari dia bantai Redbull untuk menghilangkan mengantuk katanya..yer!!mmg tak ngantuk..then selepas setahun amalkan..tahu apa jadi???dia lagi tak boleh nak tidur fikirkan kekesalan minum Redbull dulu..sebab now his buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi kedua-dua belah..minuman itu menghakis kidney dia hingga rosak...Kaitannya skrg..kandungan Coca,Pepsi dengan Redbull tu lebih kurang je..tryla tgk..so try avoid it..better minum madula..lagipun thats one of Sunnah Nabi Muhammad SAW kita...

The Meaning for PEPSI (Pay Each Pound Save Israel)..

Thursday, July 8, 2010

iLmu Bekalan

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.