Friday, September 10, 2010

Hari Raya Bersama Insan Baru..

Saat sahur pada 29 Ramadhan 1431H, hampir pukul 0315hrs..isteriku telah mengejutkan seperti biasa..namun kali ini niat dia mengejutkan aku bukanlah untuk bersahur..tetapi kerana terdapatnya petanda bakal cahaya mata kedua aku mahu menghadirkan diri ke alam Dunia..

Bila dah isteri aku ckp macam tu..dengan segerala bersiap2 untuk ke Hospital..Terima kasih kepada seorang sahabat disini yg mana aku dah susahkan dia kerana terpaksa tinggalkan anak pertama aku coz 4sure xbleh bwk masuk nnt..si Abg menangis time kena tinggal, apa nak buat.terpaksala jugak..so aku teruskan perjalanan dengan biasa..xdala cemas sangat..dah anak kedua..so experience dah adala from 1st Son..0330hrs aku menuju ke Hospital Royal Rattanak di Phnom Penh.

Setibanya disana, kakitangan Hospital membawa isteriku ke emergency untuk check-up selanjutnya..Alhamdulillah mmg benar sudah terdapat tanda dan pintu rahim telah terbuka 2cm saat itu..So dari pengalaman yang ada, kebiasaannya 1cm sama juga dengan 1jam..jadi perkiraan nyer dalam area jam 1000hrs akan lahirla anak aku.

Doktor dtg dari rumah setelah kakitangan Hospital call dia, biasala..mana ada org sgt jam 0330hrs..sure doktor balik tidorla dulu..haha.So bila doktor smpai setengah jam kemudian,dia buat check-up then katanya area jam 1400hrs plak mungkin bersalin..aku pelikla..xkan salah pengalaman aku berkenaan 1cm pembukaan rahim sama juga 1jam masa diambil..aku pun iyerkan jela.

Jam 0745hrs..aku balik ke rumah sebab kesiankan anak pertama aku ditinggalkan ngan org tak berapa kenal..so kebetulan maid aku dah datang kije time tue..aku p amik anak aku tu hantar kat maid suruh dia uruskan...aku bersiap2 dirumah dan tiba2 jam 0830hrs isteriku menghantar SMS..katanya dah sakit sangat,dan doktor ckp myb akan bersalin jam sebelum 1000hrs..hah!kan betul perkiraan aku..dengan rasa tidak bersalah aku memecut laju, dan kebetulan time tu org sibuk nak pergi kerja..so jalan ada sikit sesakla..tapi akhirnya sempat smpai..

So,tepat jam 1002hrs, zuriat kedua ku telah selamat dilahirkan..Alhamdulillah tiada apa-apa perkara tidak diingini terjadi..Dan Raya Kali ini bertambah ceria dengan kehadiran insan yang dinantikan selama 9 bulan..

Selamat datang ke alam dunia Papa dan Mama ucapkan buat Muhammad Aqil Zafran dan Selamat Menyambut Hari Raya..pandai pilih time nak kuar..tarikh pun boleh tahan cantik..08 August 2010@080910..

No comments:

Post a Comment