Saturday, September 11, 2010

Suasana Hari Raya kali ini..

Semenjak berada di perantauan..Hari Raya merupakan hari yang sepatutnya disambut dengan meriah oleh umat Islam setelah sebulan berpuasa..Namun lain plak suasana dengan tempat aku di Kemboja. Penduduk disini ada juga dikalangan umat Islam..cuma cara setiap negara menyambut adalah berbeza2..

Ini merupakan kali ketiga aku menyambut Hari Raya di sini, Phnom Penh..Amat menyedihkan kadang2..terpaksa berjauhan dengan ibu bapa,adik beradik,sanak saudara dan segalanya kekurangan..kalau dulu boleh ckp perut kekenyangan smpai menolak untuk makan..tapi disini mencari2 di manakah rumah ada buat sambutan Hari Raya..bila makan plak, xkena selera Malaysia..tekak anak Melayu katakan..Ermm..apa nak buat Labu..Nasib kaulah!

Tahun ini, aku beraya dengan keadaan berbeza disebabkan kelahiran anak kedua aku..Dan juga tiada Ibu atau Ibu mertua yang dapat menolong disebabkan faktor jarak dan masa musim Raya..semestinya mereka harus membereskan hal2 di Malaysia dulu..Mak aku akan datang pada 18 September 2010 untuk membantu aku menguruskan isteriku yang berada dalam pantang..sebelumnya??sendiri mau ingatla..akula kena buat..xpela..at least dapat pengalaman berharga dalam hidup..

So, setakat ini hanya dua jemputan yang aku hadiri..setelah Hari Raya kedua..sedihkan??sebuah rumah satu hari..xda org nak jemput pun..itula hidup diluar apabila manusia sudah mula berkata 'kau is kau, aku is aku'...

So, aku hanya bertandang ajela dirumah..baju Raya ku hanya dipakai 2jam untuk hadirkan diri ke satu majlis Raya,that's all..and now dan dalam almari semula..4sure dah xda Raya lagi..Rindu aku nak Raya Malaysia..sobsobsob,,...

Ramai kawan2 aku sibuk berkata best dok oversea..but for me, nothing..the benefit juz get extra money..tapi duit is not everything right???buat apa ada duit banyak kalau hubungan saudara mara renggang?hubungan adik beradik renggang?kehilangan keseronokan kawan2?kehilangan nikmat makanan Malaysia?hahaha..dan bnyak lagila..juz xmau tulis banyak2..nanti ada lak yang membaca Blog aku ni buat bengong jadikan satu isu lak..kepada hamba Allah yang mungkin buat begitu..aku nak kasi tahu..ko mmg bodo cmpur samdul ler andai jadikan ni satu isu..go ahead..

So, kepada kawan2 yang mengenali..Dikesempatan ini,aku nak mohon maaf yer..andai ada salah dan silap..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin. Moga ketemu di lain ruangan.

Wassalam

No comments:

Post a Comment