Monday, June 7, 2010

Trip@Saigon...

Pada 5 Jun lalu, aku telah cuba untuk mengembara setelah sekian lama bertapa di dunia yang amat dipaksa disukai..kahkah..so destinasi aku kali ini ialah ke Ho Chi Minh@Saigon di Vietnam..iaitu negara yang bersebelahan dengan lokasi aku menetap kali ini..

Perjalanan bermula jam 0830hrs dari PP menaiki bus Mekong Ekspress...menujui ranjau2 jalan yang penuh onak ulat motor dan macam2..jalan yang bagaikan menaiki kuda selama 10 minit(sebab renovation jalan)..dan perjalan amatlah sempurna..selesa..cuma bus yang sempit..(ke kaki aku yang panjang???))hahahha..so aku bercuti kali ni bersama isteri serta anak tersayangla..siapa lagi kan?takkan ngan girlfren plak...(boleh juga)kahkah..marah bini aku tgk ni nnt..

So merentasi perjalanan tu....selama anggaran 3 jam dari PP..bus memberhentikan dirinya untuk bertemu sahabatnya yang kuat perkasa(Ferry)..haha..menyeberangi sungai yang tak dalam manala..kalau terjun boleh lemas jugakla..so jarak seberang tu juz dalam 1/4 km je aku rasa..Selepas direntasi sungai..perjalanan diteruskan ke sempadan Kemboja-Vietnam...smpai di sempadan iaitu Bavet..prosedur seperti biasa dijalankan(cek beg n passport serta visa)...

Setel semua perjalanan mengambil masa selama 2 jam pula dan akhirnya jam 1415hrs kami tiba di bandaraya bergelar Ho Chi Minh..sampai sahaja aku amik kenderaan awam untuk mencari Hotel Murahan..sebagai tempat berteduh..selesai aku hanya meletakkan beg..dan keluar semula..jgn disia2kan masa yang ada untuk melihat sekeliling alam di Saigon..hehehe..

Aku cuba pergi ke tempat yang diberi nama Hong Kong Market...menaiki taxi dari Hotel..DAn Saat ini bermulala sesuatu..aku tgk pemandu taxi len macam..kejap2 tgk aku..melalui cermin didepannya..dan taxi yang bermeter tu sagt pelik..meter dia laju sekali..so aku dah dpt tngkap..dia try nak tipu aku..aku biarkan aje..no prob..dalam 10 minit perjalanan smpaila ke Hong Kong Market..dan aku tanya berapa..kosnya Vetnam Dong 1,491,300.00 bersamaan USD100.00@RM330.00..so adakah masuk akal?????semestinya tidak kan???apa lagi...aku mula naik hangin dan bertekakla aku dengan pemandu tu..then dia berkeras nak aku bayar jgak..siap bagi diskaun suh bayar USD 40.00 je..but still kencing gak..mana munasabah kan?so aku kuar taxi..suh anak bini stay jauh skit..get ready kalau2 bertumbuk ke apa kan?senang..aku p tanya taxi lain brapa dari tmpat aku berada balik ke Hotel aku duduk..tau berapa tak???????juz USD5.00 only..so u c..how bullshit this taxi Driver??terlalu byk ulat taxi kat Saigon..so becarefull le yer..Mem aku sarankan amik taxi Company VINASUN atau MI LINH sahaja..so itula pengajarannya...

Sebenarnya aku nak story kes kena kencing taxi je..haha..so aku citer panjang2 plak..once dah smpai hajat,..aku tutupla cerita aku k..Kalau ada chance g Ho Chi Minh..p la yer..best untuk shopping..bagi kaum pompuanla..then aku sebagai lelaki..bagai rimau nak makan org rasa..ikut je satu pasar pusing...beli nyer tak jugak..adoi...kenapala pompuan begini sifatnya Ya Allah???dugaan..

No comments:

Post a Comment